Thursday, April 10, 2008

KEMASAN UNTUK LANTAI DAN DINDING


Kemasan untuk lantai

Terdapat banyak keluaran yang boleh digunakan untuk kemasan lantai. Ini boleh dipasang sama ada sebagai suatu lapisan jubin yang disusun atas lantai konkrit dan dilekatkan dengan turap simen kepadanya.
Untuk memilih lantai yang betul-betul sesuai, beberapa factor perlu dipertimbangkan, iaitu jenis lantai, lantai atas atau bawah, cuaca, penyaman udara, keperluan untuk menghindarkan dari keadaan berhabuk, beban lalulintas atasnya dan belanja penyelanggaraan.
Juga perhitungan mestilah dibuat mengenai keselesaan, harga, warna dan kesenyapan bahan kemasan itu sendiri.


Lepa simen

Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara ‘monolithic’ iaitu secara sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan.
Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.









Parket /kayu

Ada dua cara parket dipasang iaitu :

a. Parket atas lantai
i. Cara biasa memasang parket adalah terus ke atas lantai simen dengan menggunakan perekat yang sesuai.
ii. Pastikan permukaan lantai simen adalah rata sebelum memasang parket.
iii. Sekiranya ruang terletak di aras bawah yang lantai talah dikalis air bagi mengelakkan parket dari reput dan tertanggal dari lantai.

b. ‘Air-thrust system’
i. Pemasangan parket jenis ‘air-thrust’ adalah lebih sesuai untuk aktiviti sukan dalaman.
ii. Sistem ini terdiri dari komposisi 2 lapisan lapis (plywood) diatas pad getah dan dikemaskan dengan parket atau jaluran kayu.
iii. Kemasan ini sesuai digunakan untuk dewan serbaguna dan gymnasium.















Tikar PVC (Polivinil klorida) Luwes

Tikar PVC biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada dammar polivinil klorida sebagai bahan uatama bersama dengan pelikat dan pewarna.
Dihasilkan dengan rupa siap berkilat , berwarna daripada warna biasa hinggalah kepada warna seperti marmar.
Tikar PVC dilekatkan kepada lantai mengikut cara yang sama seperti linoleum tetapi lapisan lebarnya mestilah betul-betul rata sempurna kerana sebarang ketidakrataan akan jelas kelihatan.
Lapisan kalis lembap mestilah dihamparkan dalam lamtai tingkat bawah yang bersentuhan dengan tanah.
Ia agak hangat, tahan, luwes dan telap air, minyak, gris, petrol, alcohol, kebanyakkan bahan kimia dan tidak mudah terbakar, tetepi api rokok memberi kesan buruk yang kekal kepada tikar PVC.
PVC juga mudah tergaris dan tercalar.
Kepingan PVC mempunyai rintangan hausan dan telusan yang tinggi dan amat sesuai untuk hotel, restoren, ruang legar dan ruang-ruang lain yang memerlukan gabungan kelasan dan hiasan yang menarik.



Karpet

1. Kemasan karpet adalah kemasan yang biasa bagi ruang pejabat, bilik tidur serta dewan yang berprestij.
2. Ianya boleh didapati dalam bentuk jubin atau hamparan.
3. Karpet untuk bilik sembahyang perlu mempunyai yang sesuai dengan saiz saf sembahyang.

No comments: