Thursday, April 10, 2008

PRINSIP BINAAN BERANGKA

Kebanyakkan bangunan yang dibina sekarang menggunakan konkrit bertetulang untuk membina tiang, rasuk dan lantainya meninggalkan temboknya diisi dengan bata atau papan kayu. Cara pembinaan seperti ini dinamakan binaan berangka. Pembinaan ini diguanakan kerana ciri-ciri kelebihan konkrit bertetulang dalam rekaanya.

Pembinaan sesebuah bangunan bermula daripada asasnya, diikuti dengan tiang, rasuk, papak lantai dan rangka bumbung. Bahagian-bahagian binaan ini boleh direka melalui teori anjal 9elastic theory ) ataupun teori plastic (plastic theory ) dengan mengambil kira tegasan tegangan dan takanan pada tiap-tiap bahagian binaan tersebut. Tegasan-tegasan ini adalah dihasilkan oleh beban yang ditanggung. Beban ini terdiri daripada beban mati, beban hidup dan beban angina.

1. Beban mati – Terdiri daripada berat tembok, dinding sekat, lantai dan bumbung, termasuk segala binaan kekal dalm bangunan.
2. Beban hidup – Terdiri daripada segala beban selain beban mati. Alat-alat, gerobok, penghuni, dan lalu lintas adalah merupakan beban hidup.
3. Beban angin – Tegasan yang dihasilkan oleh angina kepada bangunan. Beban ini berubah mengikut kelajuan tiupan angin.

Dalam proses mereka binaan berangka, adalah dianggap bahawa segala tegasan tekanan hendaklah ditangumg oleh tetulang dan segala tegasan tekanan pula ditanggung oleh konkrit. Berdasar kepada anggapan ini semua beban termasuk beban mati, beban hidup dan beban angina hendaklah ditanggung oleh rangka yang dibuat dengan kinkrit bertetulang dan diagihkan ke atas asasnya.Boleh dikatakan bahawa semua tembok atau dinding sekat yang didapati di dalam binaan kerangka terdiri daripada tembok tidak tanggung beban.

Dalam pembinaan berangka, saiz tiang, tembok dan rasuk dapat. Pemilihan reka bentuk dapat dipelbagaikan kerana konkrit bertetulang berupaya menaggung tegasan-tegasan tersebut.
KONKRIT

KONSEP KONKRIT BERTETULANG ( REINFORCED CONCRETE )

Konkrit biasa berupaya menanggung tegasan tekanan dengan berkesan. Apabila bahagian binaan mengalami tegasan tegangan seperti yang berlaku pada tiang, rasuk, lantai atas dan lain-lain lagi, denagn mencantumkan besi atau keluli yang mempunyai keupayaan menanggung tegasan tegangan ke dalam konkrit tersebut.

Kedudukan keluli itu direka supaya bersama-sama konkrit, berdaya menyokong segala tegangan dan juga tekanan yang dialami oleh bahan binaan tersebut. Keluli ini merupakan tetulang konkrit. Beberapa jenis keluli boleh digunakan sebagai tetulang kepada konkrit, antaranya ialah:

1.Keluli lembut (mild steel ) yang berbentuk bulat atau empat persegi.
2.Bar berbunga ( deformed bar )
3.Tetulang anyaman ( BRC steel fabric )
4.Dawai keluli tegangan tinggi ( high tensil wire )

Tetulang keluli yang digunakan itu hendaklah ditempatkan di dalam konkrit dengan cara teratur mengikut rekaan yang tertentu. Tetulang utama ialah keluli yang berfungsi menaggung beban dan pencekak ialah keluli yang digunakan untuk menetapkan kedudukan tetulang utama. Tetulang utama hendaklah dibentuk supaya menghasilkan pegangan yang kukuh dengan bancuhan konkrit.

Pembentukan ini biasanya dibuat pada kedua-dua hujung bar keluli lembut secara bercangkuk. Dalam kerja amali cangkuk bulat memerlukan ukuran tambahan sepanjang 16 kali diameter bar ( 16 D ) dan cangkuk L pula memerlukan ukuran tambahan 8 kali diameter bar ( 8 D ) . Ukuran tambahan ini membolehkan pembentukan di buat dengan mengikut panjangnya. Apabila bar berbenga digunakan, pembentukan tidak perlu dibuat.Jarak diantara dua tetulang utama mestilah tidak kurang daripada diameternya, atau 25 mm, atau saiz batu baur yang terbesar ditambah 6 mm mengikut mana yang besar. Jika tetulang ini disusun berlapis-lapis, jarak bersih yang minimum diantara lapisan ialah 12 mm. Jarak ini boleh ditetapkan dengan menggunakan bar penjarak ditempatkan berjarak 1 meter di antara satu sam lain semasa tetulang ini dirempatkan.
ASAS BANGUNAN

PENGENALAN
Asas sesebuah struktur bolehlah ditakrifkan sebagai bahagian struktur yang bersentuhan terus dengan tanah. Tanah akan mengalami enapan dan kadangkalanya gagal apabila dibebankan kerana biasanya tanah adalah jauh lebih lemah daripada konkrit, keluli ataupun kayu.

Asas merupakan `alat' yang bertujuan untuk memindahkan beban struktur kepada bumi dengan selamat iaitu selamat dari segi keupayaan tanah dan juga enapan yang tidak melebihi had-had tertentu. Jenis dan saiz sesuatu asas yang digunakan berkait rapat dengan saiz beban yang hendak dipindahkan dan juga kekuatan ricih tanah. Reka bentuk asas adalah satu proses menentukan jenis serta saiz asas dan beban maksimum yang dapat disokongnya untuk sesuatu tanah.

Oleh sebab asas menopang sesuatu struktur sepanjang hayatnya, maka amat penting untuk jurutera mengambil kira semua beban yang akan dialaminya kerana adalah amat sukar untuk mengubah atau membaiki sesuatu asas setelah ianya dibina.

Pembinaan bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan kekal untuk menanggung segala beban di atasnya.












FUNGSI-FUNGSI ASAS

1.Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
2.Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
3.Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu
4.Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya; inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKABENTUK DAN SAIZ ASAS

1.Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungannya
2.Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggung.
3.Ekonomi- perbandingan kos di antara jenis –jenis asas yang boleh dig



JENIS-JENIS ASAS:

ASAS CETEK
ASAS DALAM
1.Asas Hampar
2.Asas Jalur
3.Asas alas tiang
4.Asas bertangga
5.Asas Rakit
1.Asas Cerocok








ASAS HAMPAR

Asas hampar digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan pembinaan. Asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan. Pada dasarnya, asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm di bawah aras tanah (bagi jenis tanah liat) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok (rajah7.1a) atau 2 kali tebal tembok + 300 mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau unjuran (7.1b). Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok atau ditentukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.1c.
























ASAS JALUR

Asas jalur digunakan untuk menyokong 2 tiang dimana satu daripadanya terletak berhampiran denagan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada

Asas jalur mangandungi jalur selanjar yang dibuat dari konkrit bagi menanggung dinding galas beban. Sebelum simen Portland diperkenalkan asas jalur biasanya di bina daripada batu bata.

Lebar asas jalur bergantung pada kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tinggi kekuatan galas tanah semakin kecil lebar asa yang diperlukan untuk beban yang sama. Lebar minimum untuk satu asas jalur ialah 450mm.

Asas ini selalunya dibina untuk dinding dinding penggalas beban dan untuk baris tiang yang berjarak tersangat dekat antara satu sama lain sehingga lebih menjimatkan untuk untuk membina asas jalur daripada asas pad.

Rajah 4.6: Asas jalur (a) Asas jalur untuk dinding penggalas beban (b) Asas jalur untuk baris tiang yang dijarak rapat








JENIS – JENIS ASAS JALUR


Asas jalur kecil
Keupayaan galas tanah dan beban di atas asas hanya memerlukan asas jalur yang tidak lebar atau lebar sedikit daripada tebal dinding. Kedalaman tanah adalah sekurang-kurangnya 0.9m.


Asas jalur lebar
Beban di atas asas adalah cukup besar berbanding dengan kekuatan galas tanah. Jadi ia perlulah menggunakan asas yang lebar untuk memindahkan beban.






















Asas Alas Tiang

Asas ini juga dikenali juga sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka, asas ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Di dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula di adakan unjuran untuk memastikan kestabilan. Asas ini terletak di atas lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerocok jika tanahnya jenis tanah gambut.






















ASAS BERTANGGA

Asas ini dibuat berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan. Pembinaannya perlu mematuhi beberapa peraturan yang berikut:

Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam

Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter

Cerocok konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini daripada tergelincir.






















ASAS RAKIT


Apabila sesebuah bangunan didirikan di atas tanah yang keupayaan tanggungnya rendah maka beberapa langkah boleh diambil. Salah satu langjah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas. Cara pembinaan ini dikenal sebagai asas rakit. Asas rakit ini sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaanya meliputi keseluruhan kawasan bangunan.


Asas ini mungkin diperlukan sekiranya keupayaan galas tanah bawah adalah tersangat rendah, atau dalam kes tiang-tiang struktur dijarakkan tersangat dekat antara satu sama lain dalam kedua-dua arah membujur dan memanjang. Asas jenis ini juga berguna untuk mengurangkan enapan kebezaan yang sangat besar atau dalam keadaan terdapatnya perbezaan yang sangat besar dalam pembebanan tiang tiang struktur.

Asas rakit sebenarnya merupakan salah satu daripada jenis asas cetek atau asas rebak. Kegunaan yang paling biasa ialah untuk asas di atas tanah yang mempunyai keupayaan galas yang rendah sekali. Asas rakit ini juga digunakan untuk asas di atas tanah yang mempunyai kebolehmampatan yang sangat berbeza, iaitu untuk menghadkan enapan kebezaan.











JENIS-JENIS ASAS RAKIT

(a) Rakit Papak Rata

Asas rakit ini dibina dengan ketebalan yang seragam dan boleh digunakan di atas tanah dengan enapan yang besar tidak dijangka akan berlaku, dan dengan itu sesebuah rakit yang sangat kukuh tidak diperlukan. Satu lapisan jejaring tetulang ditempatkan di bahagian atas dan bawah papak untuk merintang momen lentur yang disebabkan oleh pesongan meleding dan melendut pada sebarang titik dalam papak.




(b) Rakit Sisi Terkukuh

Rakit jenis ini sesuai untuk asas struktur-struktur ringan seperti bangunan satu atau dua tingkat di atas tanah-tanah lembut boleh mampat atau bahan-bahan timbusan bebutir yang longgar. Alur dibina dalam kedua-dua arah membujur dan memanjang dan tiang-tiang ditempatkan pada persilangan alur tersebut.


(c) Rakit Papak dan Alur

Rakit jenis ini digunakan untuk bangunan-bangunan berat dengan kekukuhannya diperlukan untuk menghindar ubah bentuk berlebihan superstruktur yang disebabkan oleh perbezaan dalam kebolehmampatan tanah bawah.

(d) Rakit Tingkat Bawah (Besmen)

Untuk rakit jenis ini, dinding-dinding rakit bertindak sebagai pengukuh kepada asas rakit tersebut. Adakalanya asas-asas rakit ini ditopang di atas cerucuk.Cerucuk-cerucuk ini membantu dalam mengurangkan enapan struktur yang dibina di atas tanah-tanah yang sangat boleh mampat. Dalam keadaan aras air bumi agak tinggi, cerucuk bertindak sebagai pengawal pengapungan.



Keupayaan Galas Asas Rakit
Keupayaan galas asas rakit dapat ditentukan dengan persamaan berikut;

q'f = c' Nc dc sc + Po’ Nq dq sq + 1/2 Bγ’ Nγ dγ sγ
dan
qf = cu Nc dc s c + Po

iaitu nilai-nilai NY, N dan N, serta d dan s ialah faktor pembetulan masing-masing untuk kesan kedalaman dan bentuk.


Reka Bentuk Asas Rakit
Terdapat dua kaedah biasa untuk reka bentuk asas rakit, iaitu:
(a) kaedah tegar biasa
Dalam kaedah ini, rakit diandaikan sebagai tegar sepenuhnya. Tekanan tanah teragih dalam satu garisan lurus dengan sentroid yang sekena dengan garis tindakan beban tiang paduan.

(b) kaedah boleh lentur hampir.
Dalam kaedah ini, tanah diandaikan sebagai setara dengan pegas anjal yang tak terhingga (infinit) jumlahnya.Kadangkala asas ini juga dipanggil sebagai 'asas Winkler'.

Parameter amat penting sekali dalam menentukan sama ada asas rakit tersebut harus direka bentuk dengan kaedah tegar biasa atau kaedah boleh lentur hampir. ZMenurut American Concrete Institute Committee 336 (1988), reka bentuk asas rakit hendaklah dilakukan dengan kaedah tegar biasa sekiranya jarak antara tiang dalam sebuah jalur kurang daripada 1.75/β manakala kaedah boleh lentur hampir hendaklah digunakan sekiranya arak antara tiang ini lebih besar daripada 1.75/β.
KEMASAN UNTUK LANTAI DAN DINDING


Kemasan untuk lantai

Terdapat banyak keluaran yang boleh digunakan untuk kemasan lantai. Ini boleh dipasang sama ada sebagai suatu lapisan jubin yang disusun atas lantai konkrit dan dilekatkan dengan turap simen kepadanya.
Untuk memilih lantai yang betul-betul sesuai, beberapa factor perlu dipertimbangkan, iaitu jenis lantai, lantai atas atau bawah, cuaca, penyaman udara, keperluan untuk menghindarkan dari keadaan berhabuk, beban lalulintas atasnya dan belanja penyelanggaraan.
Juga perhitungan mestilah dibuat mengenai keselesaan, harga, warna dan kesenyapan bahan kemasan itu sendiri.


Lepa simen

Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara ‘monolithic’ iaitu secara sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan.
Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.









Parket /kayu

Ada dua cara parket dipasang iaitu :

a. Parket atas lantai
i. Cara biasa memasang parket adalah terus ke atas lantai simen dengan menggunakan perekat yang sesuai.
ii. Pastikan permukaan lantai simen adalah rata sebelum memasang parket.
iii. Sekiranya ruang terletak di aras bawah yang lantai talah dikalis air bagi mengelakkan parket dari reput dan tertanggal dari lantai.

b. ‘Air-thrust system’
i. Pemasangan parket jenis ‘air-thrust’ adalah lebih sesuai untuk aktiviti sukan dalaman.
ii. Sistem ini terdiri dari komposisi 2 lapisan lapis (plywood) diatas pad getah dan dikemaskan dengan parket atau jaluran kayu.
iii. Kemasan ini sesuai digunakan untuk dewan serbaguna dan gymnasium.















Tikar PVC (Polivinil klorida) Luwes

Tikar PVC biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada dammar polivinil klorida sebagai bahan uatama bersama dengan pelikat dan pewarna.
Dihasilkan dengan rupa siap berkilat , berwarna daripada warna biasa hinggalah kepada warna seperti marmar.
Tikar PVC dilekatkan kepada lantai mengikut cara yang sama seperti linoleum tetapi lapisan lebarnya mestilah betul-betul rata sempurna kerana sebarang ketidakrataan akan jelas kelihatan.
Lapisan kalis lembap mestilah dihamparkan dalam lamtai tingkat bawah yang bersentuhan dengan tanah.
Ia agak hangat, tahan, luwes dan telap air, minyak, gris, petrol, alcohol, kebanyakkan bahan kimia dan tidak mudah terbakar, tetepi api rokok memberi kesan buruk yang kekal kepada tikar PVC.
PVC juga mudah tergaris dan tercalar.
Kepingan PVC mempunyai rintangan hausan dan telusan yang tinggi dan amat sesuai untuk hotel, restoren, ruang legar dan ruang-ruang lain yang memerlukan gabungan kelasan dan hiasan yang menarik.



Karpet

1. Kemasan karpet adalah kemasan yang biasa bagi ruang pejabat, bilik tidur serta dewan yang berprestij.
2. Ianya boleh didapati dalam bentuk jubin atau hamparan.
3. Karpet untuk bilik sembahyang perlu mempunyai yang sesuai dengan saiz saf sembahyang.